Thursday 8 August 2013

BIAR DIA TAHU ! SAYA TAK KISAH -_-


Biar dia SALAH SANGKA. Biar dia SALAH ANGGAP. Biar dia SALAH MENDUGA. Biar dia TAHU YANG BURU.. Sebelum dia MENGHARAP yang baik-baik.


Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu. Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN.

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak.

Monday 29 July 2013

Jangan Ragukan Dia Sayang

Assalamualaikum. Hye peeps ^^
Kadang-kadang kita tak pernah terduga apa yang akan terjadi dalam hubungan kita dengan seseorang kan? Tak selalunya sesuatu hubungan itu cerah dan indah. Macam-mcam masalah yang akan menimpa untuk menguji kesabaran kita sepanjang tempoh hubungan itu. Hanya yang betul-betul kuat akan mampu bertahan dalam setiap dugaan dan ujian yang diberikan.

Kau tak tahu betapa sakitnya menyayangi seseorang yang ada orang lain dalam hati dia. Pernah tak kau fikir tentang perasaan dia bila dia terpaksa menahan segala rasa yang dipendam bila kau bercerita tentang bekas kekasih kau dekat dia?

Awak, saya sayangkan awak seikhlas hati saya. Saya tahu awak ragukan cinta dan sayang saya terhadap awak. Tapi yakinlah awak yang saya akan selalu disisi awak ketika susah dan senang awak. Saya tak akan ulangi kesilapan yang sama macam 'dia' buat dekat awak. Saya akan selalu jaga awak, jaga diri awak, jaga kesihatan awak dan jaga cinta saya untuk awak. Tolong jangan lukakan hati saya lagi dengan mengingat lagi kenangan awak dengan 'dia'. Sakit sangat awak bila saya dapat tahu yang awak masih tak dapat lupakan 'dia'.

So awak, tolong jaga hati saya juga boleh? Saya tahu susah untuk awak lakukannya tapi cubalah cintai saya secara perlahan-lahan. InsyaALLAH awak akan nampak siapa cinta awak yang sebenarnya. Janganlah nilai saya kerana rupa dan harta saya tapi nilailah saya kerana hati saya yang tulus mencintai awak. Saya sudi untuk disakiti, disayangi dan dicintai awak kerana saya ikhlas menyayangi awak. Harap awak tahu itu ^^.

Sunday 28 July 2013

Saya rasa rindu awak bila saya bangun dari tidur lena awak tiada di sisi saya.

Saya ingin memiliki seorang ADAM yang Allah ciptakan dia mungkin untuk saya he he he.. Seorang ciptaan Allah yang sangat-sangat teragung, sempurna , baik dan segala-galanya ada pada dia. Tapi hancur gila hati saya sebab terpaksa lepaskan dia. Maybe saya tak boleh terima dia kot. Sebab dia terlampau baik, saya fikir dia boleh jumpa yang lebih baik lagi dari saya lagipun belum tentu lagi saya boleh jadi yang terbaik untuk dia dan jadikan saya seorang perempuan yang dia sanjung saya setinggi gunung. Tapi harapan saya hancur sebab saya lepaskan dia macam tu jea. 



Ye lah. Harapan saya sangat-sangat besar. Nak miliki dia bukan sekadar jadi pasangan kekasih saya malah saya ingin menjadi yang halal untuk dia. :) Ingin menjadi isteri yang solehah hanya untuk dia. Hanya diri dia yang saya ingin miliki.. Atas restu Allah saya ingin miliki dia, saya nak dia menjadi yang terakhir buat saya :( W
alaupun seketika, saya mengenali dia, dia sangat-sangat mengerti dan fahami saya.. Hurm sungguh hebat ciptaan Tuhan tu. Ya Allah, kau maha pemurah, kau berikanlah jalan dan ruang untuk ku lebih mengenali dan memiliki cahaya yang bersinar itu Ya Allah. Cahaya yang tak pernah saya lalui dan temui sepanjang hidup saya tapi saya fikir saya salah mengerti dia. Hurmm saya nak sangat-sanngat dia tahu yang saya sangat mencintai dia. Sangat-sangat sayang kan dia. Dulu dan sekarang saya hanya merindui dia. :( 





Dari 1st jumpa mengejar tapi berhenti... Bila di kejar cuba gapainye dan tangkap biar dia jadi milik saya. Namun saya akur, saya mesti akan gagal. Gagal untuk memilikinya. Ya Allah saya nak sangat-sangat habiskan masa hidup saya nie hanya bersama dia. Ya Allah, berikanlah sedikit waktu untuk saya bersamanye sebelum ajal KU tiba, berikan masa saya bersama dia, saya nak hari-hari saya hanya bersama dia meskipun seketika.. Saya dah cukup lega untuk tempuhi segala-galanya jika dia selalu disisi saya. Saya hanya mahukan dia! Hanya dirinya Ya Allah.. "aku memohon kepada-Mu
 Ya Allah berikan ku cinta untuk ku persembahkan hanyalah pada dia. Dia anugerahku kasih hanya untuk berkasih berbagi dengan mu"..... 

Hurm.. saya tahu walaupun semua ni hanya ade dalam mimpi saya, angan saya tapi saya berharap dari mimpi dan angan-angan saya itu menjadi kenyataan. Kenyataan yang terindah. Peristiwa yang terlalu bernilai dan berharga yang takkan saya lupakan. Kenangan yang terhebat yang tak pernah saya rasai.... Ya Allah saya nak dia tahu yang saya sangat-sangat mencintai dia.. Saya memohon seandainye masih ada lagi ruang untuk saya bertapak..  Saya nak jadi seorang perempuan yang sangat-sangat bertuah sbb dapat memiliki dia walaupun seketika. Awak, saya nak awak tahu saya sedang merindui awak, saya rindu kenangan kite, rindu nak dgr suara awak ''walaupun baru malam nie saya tak dgr suara awak", saya nak awak tahu yang saya bertuah sbb dapat kenal awak dan saya nak awak tahu.  saya amat hargai awak dan kehadiran awak dalam hidup saya. 


Awak, saya mintak maaf sebab selalu menyusahkan awak, penatkan awak, mengatur awak, ganggu masa awak kerja dan menyibukkan diri saya dalam hal-hal harian awak. Dan saya mintak maaf sebab saya mencintai awak selama nie. Saya nak mintak maaf sbb 1st kite kenal, saya mula menyanyangi awak tapi saya dah cuba untuk berhenti. Berhenti mengharap dan berharap. Saya rindukan awak. Jujur dan ikhlas saya katakan yang saya mula rasa kehilangan awak bila awak tak pedulikan saya. Saya rasa rindu awak bila saya bangun dari tidur lena awak tiada di sisi saya. :( Saya rindukan awak. Rindukan belaian awak. Maafkan saya. :(
# Ya Allah permudahkan segalanya.. Urusan aku di atas dunia mu dan perjalanan hidup ku di atas dunia dan di akhirat nanti.. Aku memohon kepada Mu jadi kan aku seorang insan yang kuat dan teguh dalam menempuhi cabaran dan dugaan Mu Ya Allah. Aku memohon kepada Mu.. :) #
 

by the way, i'm wearing the smile you gave me ^__^

Lembut wanita kerana senyumannya


Cekal wanita kerana beraninya

Patuh wanita kerana kesetiaannya
Sabar wanita kerana imannya
Kasih wanita kerana belaiannya
Lemah wanita kerana air matanya
Ikhlas wanita kerana simpatinya
Pendam wanita kerana cemburunya
Sayang wanita kerana sikap keibuannya
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah
Dan kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah

Sometimes, when I get really lonely at night and I don’t know what to do, I wrap my arms around my teddy bear as tightly as I can, pretending that I’m really holding on to you. I do this because I miss you so much and it seems as if hugging my bear makes the pain go away. Every once in a while it feels the same as when I’m with you, except your arms don’t tighten around me, I don’t feel your lips on my neck, or you cheek against mine. Okay it isn’t the same, in fact, it kinda makes me feel even lonelier. It isn’t you in my arms, but I do it anyway. Because I don’t like giving up hope cause it’s brought you to me in the first place. And maybe one day, when I’ve kept my hope long enough, I won’t have to pretend you’re my teddy bear. 

Awak Jangan Merajuk Lama-Lama Ehh ! Nanti Saya Rindu

Assalamualaikum awak yang tengah membaca ! *buat mata blingbling* Hahaha saya memang nak kena campak dalam sungai kinabatangan macam awak selalu cakap tu kan?

Awak. Saya tak tahu samada awak marah saya atau awak tengah sibuk sekarang. Tak pun mesti awak tengah tidur lena kan. Saya takut nak msg or call awak banyak-banyak kali. Saya takut kena marahAwak tahu tak? Saya tengah tunggu awak nie. Saya rindu awak. Seriously saya betul-betul mintak maaf. Saya takde niat pun just nk gurau-gurau jea mula-mula tapi jadi lain pulak hal nya.

 .....Awak..... 
..Maaflah.. 
Kan saya dah cakap saya memang tak boleh jadi yang terbaik untuk awak kan tapi awak tu lah yang degil sangat! Tengok sekarang kita gaduh tiap-tiap hari dah and it's all because of me.
Saya nie kurang dalam semua segi perkara. Saya tak pandai masak. Saya tak pandai kemas rumah. Saya bengap dalam melakukan kerja saya. Saya lembap dalam berfikir. Saya tak pernah berfikiran matang. Saya nie lurus bendul macam awak selalu cakap tu. *takpe saya tak terasa hati pun. semua yang awak cakap tu perkara yang betul. saya takkan 'dush-dush' awak kali nie* Heeeeeeeeee ^__^

 Sebab tu lah :(... Awak, saya harap awak maafkan saya. I really miss you. Saya tunggu awak sampai awak msg eh. Saya sayang nak tidur sebab saya takut masa saya tidur tiba-tiba awak ada sedikit masa untuk luangkan bersama saya. :( Sebab tu lah saya taknak tidur dan tetap tunggu awak walau ape pun terjadi kat saya sebab jelas dan  ternyata saya sayangkan awak, rindukan awak. :( Awak jangan merajuk lama-lama eh nanti saya rindu. :( Maafkan saya. Maafkan saya sebab saya nie tak sempurna untuk awak. Sangat tak sempurna untuk awak </3

Saturday 27 July 2013

Saya Rindu Awak

Awak, kenapa awak buat saya macam nie ? Awak dah tak sayang saya erkk ? Sampai hati awak,. Awak tahu tak saya nie sentiasa tunggu awak, tunggu text dari awak. Tapi satu pun takde masuk. Hmm, saya rindu sangat awak. Sampai hati awak biarkan saya sedih sorang-II. :'( Ow, takpe laa kalau awak tak mesej, mungkin sebab awak busy kot. Takpe, saya faham. Tapi online boleh pulak kan ??? Awak jangan ingat saya tak tau yang awak nie selalu online, tapi kenapa awak tak chat dengan saya ? Hmm, sampai hati awak buat saya tertunggu-tunggu. :'( Ow, takpe laa mungkin sebab line internet awak slow, biasa lahh duduk asrama. Hmm, takpe saya faham saya faham saya faham !!!!!!!!!!!!! Terima kasih saya ucapkan :'/ Awak, nanti 5.11.2012 dah 3 bulan kita couple, saya harap awak tak lupa. Awak, setiap hari saya fikirkan awak, setiap masa awak sorang je ada dalam fikiran saya, tapi awak pernah ke ambik tahu semua tu ??? Mesti tak kan ? Ow, nevermind. :') Ke awak dah berubah hati ??? Awak dah ada orang lain ke ??? Ow, sampai hati awak :'/ Kenapa tak terus terang dari dulu je ? Awak dah lupa ke janji awak dulu dan apa yang awak kata dulu ??? Awak cakap awak tak nak kehilangan saya, begitu juga dengan saya, awak cakap nak jaga hubungan kita nie baik-II. Ehh, masa tu saya happy sangat bila awak kate macam tu. Rase macam dunia nie saya yang punya je. Hmm, tapi kenapa sekarang dah lain ??? Sampai hati awak, takpe laa awak kalau awak dah tak sayang saya, nak buat macam mane lagy kan ? :'( Tapi saya nak awak tau, yang saya sentiasa ada untuk menyayangi awak dan mencintai awak sampai bila-II. Hohoho --' Awak, kalau boleh saya nak bersama awak sampai bila-II. Saya tak nak hilang awak. Awak, tolong laa jaga perasaan saya nie sebaik mungkin. Jangan persiakan kesetiaan saya nie. :'/

YA ALLAH, JIKA DITAKDIRKAN DIA MILIKKU, KAU PELIHARA LAH PERASAAN SAYANG INI. TETAPI,JIKA DIA BUKAN UNTUKKU, KAU BUANGKAN LAH PERASAAN SAYANG INI TERHADAP DIA. AMIN.

Putus Cinta



Aku menangis, bukan kerana aku memerlukanmu, bukan aku mahu kau kembali kepadaku, tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi. 


Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpa mu. Aku akhirnya dapat menerima tragedi cinta kita. Kemudian kau tersenyum padaku dan merosakkan segala-galanya. Aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu!!!


Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.


Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta. 


Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.


Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.


Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang terputus tali.


Soal cinta adalah soal hati. Jika ia soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.


Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.


Cinta tidak selalu dengan jodoh tetapi jodoh selalu dengan cinta.


Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.


Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.


Cinta akan hidup bersama waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.