Assalamualaikum. Hye peeps ^^
Kadang-kadang kita tak pernah terduga apa yang akan terjadi dalam
hubungan kita dengan seseorang kan? Tak selalunya sesuatu hubungan itu
cerah dan indah. Macam-mcam masalah yang akan menimpa untuk menguji
kesabaran kita sepanjang tempoh hubungan itu. Hanya yang betul-betul
kuat akan mampu bertahan dalam setiap dugaan dan ujian yang diberikan.
Kau tak tahu betapa sakitnya menyayangi seseorang yang ada orang lain
dalam hati dia. Pernah tak kau fikir tentang perasaan dia bila dia
terpaksa menahan segala rasa yang dipendam bila kau bercerita tentang
bekas kekasih kau dekat dia?
Awak, saya sayangkan awak seikhlas hati saya. Saya tahu awak ragukan
cinta dan sayang saya terhadap awak. Tapi yakinlah awak yang saya akan
selalu disisi awak ketika susah dan senang awak. Saya tak akan ulangi
kesilapan yang sama macam 'dia' buat dekat awak. Saya akan selalu jaga
awak, jaga diri awak, jaga kesihatan awak dan jaga cinta saya untuk
awak. Tolong jangan lukakan hati saya lagi dengan mengingat lagi
kenangan awak dengan 'dia'. Sakit sangat awak bila saya dapat tahu yang
awak masih tak dapat lupakan 'dia'.
So awak, tolong jaga hati saya juga boleh? Saya tahu susah untuk awak
lakukannya tapi cubalah cintai saya secara perlahan-lahan. InsyaALLAH
awak akan nampak siapa cinta awak yang sebenarnya. Janganlah nilai saya
kerana rupa dan harta saya tapi nilailah saya kerana hati saya yang
tulus mencintai awak. Saya sudi untuk disakiti, disayangi dan dicintai
awak kerana saya ikhlas menyayangi awak. Harap awak tahu itu ^^.
No comments:
Post a Comment